tarap ikan masin-sabahan foods
Bahan-Bahan:
- 2 biji tarap yang mangkal. Maksudnya belum masak sangat. Kalau dah masak dia manis. Ambil bahagian isi, kulit jangan pula di masak sekali. Biji tarap tu pun masukkan sekali.
- Tiram sebagai sapak. Boleh letak ikan masin, atau ikan hidup.
- Bawang merah 3 biji
- bawang putih 2 ulas
- Cili padi 3 tangkai
- Belacan secukup rasa
- Garam
- Gula
- Santan
Cara-cara
Rebus tarap dengan air hingga lembut. Buang airnya.
Bawang merah dan bawang putih ditumbuk. Cili padi dipotong kecil kecil. Kalau nak ditumbuk sekali pun boleh tapi nanti pedas. Biar potong supaya waktu makan boleh nampak dan tidaklah nanti tergigit cili padi itu.
Isi tarap yang sudah di rebus tadi masukkan dalam periuk atau guna saja periuk sama yang diguna untuk merebus tadi, masukkan santan sehingga menutupi semua isi tarap tadi. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk tadi, cili, belacan, garam dan gula secukupr rasa. Masukkan tiram juga. Lepas itu rebus sehingga mendidih. Kalau nak kuah pekat sikit masak lama sikit.
Siap. Hidang panas bersama nasi putih.
Makanan tradisional senang saja di masak. Tidak perlu banyak langkah, kebanyakkan guna rebus saja.
Ni dia buah tarap.
Isi dia macam inilah. Rasa dia manis lemak. Lebih senang diterima rasa dia berbanding durian. Memang rasa dia just plain and sweet
Ni dia buah tarap yang sudah siap di masak. Dihidang bersama nasi atau ambuyat. Senang, mudah, asalkan anda dapat jumpa lah buah tarap ni.
Comments
Post a Comment