Ketupat Sotong @ Tupak Sutong




Resepi Tupak Sutong
Bahan-bahannya: 
  • sotong setengah kg
  • santan RM1
  • pulut setengah cawan
  • manisan siam 3 karet/gula melaka ketul
  • daun pandan 3 helai disimpul
  • sedikit garam
  • lidi daun kelapa
Cara membuatnya:
  1. Basuh beras pulut bersih2 dan rendamkan dalam sedikit santan yang sudah dicampur garam.
  2. Potong lidi pendek2*saya gunakan 4 batang lidi yang diambil dari pokok kelapa depan rumah. Selepas diraup bersih, dipotong sepanjang lebih kurang 2 inci setiap satu *
  3. Sementara pulut masih terendam dalam santan, basuh sotong bersih2. Buang kulitnya dan keluarkan matanya...ouhhh...
  4. Sumbatkan pulut dalam sotong. Masukkan hanya 1/3 pulut memenuhi sotong. Jangan terlebih kerana dikhuatiri sotong akan pecah takkala sedang dimasak.
  5. Masukkan kembali kepala sotong di tempatnya *Jangan sampai ada kepala sotong yang hilang sebab ianya penting untuk menutup sotong agar pulut tak keluar semasa memasaknya...hehe*.
  6. Cocokkan lidi secara menyilang untuk memastikan pulut selamat di dalam sotong.
  7. Susun di dalam periuk dan masukkan santan yang direndam pulut tadi.
  8. Bila dah menggelegak, masukkan santan selebihnya, manisan dan daun pandan. Masaklah sampai kuahnya likat.
  9. Sedia untuk dihidangkan.

Comments

Popular Posts