JERUK BAMBANGAN
sekiranya anda tidak tau pa tu bambangan.Bambangan ini macam mangga tapi buah dia besar dan kulitnya berwarna kelabu.Isi bambangan yang dah masak berwarna kuning merah dan rasanya manis.Tapi awas berhati-hati apa bila mengupas kulitnya kerana getahnya boleh membuat kan kulit anda yang halus itu terbakar.
Bahan-Bahan:
5 biji buah bambangan masak
2 biji bambangan
50 gm cili merah
20 gm cili padi
Cara:
Buah bambangan dibuang kulit. Ambil isinya sahaja. Potong memanjang berukuran setengah inci. Belah biji bambangan dan ambil isinya. Parut kasar-kasar. Cili merah dibelah dua. Gaulkan semua bahan-bahan dan kacau hingga sebati. Simpan di dalam botol kedap udara selama seminggu sebelum boleh dimakan. Enak dimakan bersama ikan bakar atau ikan masin.
Comments
Post a Comment